Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan perpaduan kaum dapat memperkukuhkan ekonomi negara sekali gus dapat mengakhiri kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat.
Menerusi hantaran di Facebook beliau, Perdana Menteri mengharapkan Hari Krismas kali ini dapat menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.
“Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.
“Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023.
Baca juga: