Kuala Lumpur jadi tumpuan pelancong selepas Paris, London, Dubai

Dalam pada rakyat Malaysia ‘tergila-gila’ bercuti ke negara jiran, pelancong asing pula menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan pelancong.

Dianggarkan lebih 13.79 juta pelancong berkunjung ke Kuala Lumpur sekali gus meletakkan kota raya itu tersenarai sebaris dengan bandar-bandar popular lain seperti Dubai, (Emeriah Arab Bersatu), Paris (Perancis) dan London (United Kingdom).

Memetik laporan Travelness, angka tersebut dibuat berdasarkan kajian mengikut Indeks Bandar Destinasi Global oleh Mastercard bagi tahun 2023.

Dalam kajian tersebut, Kuala Lumpur disenaraikan sebagai kota raya keenam popular dibelakang Bangkok yang berada di posisi pertama dengan jumlah 22.78 juta pengunjung, Paris (19.10 juta), London (19.09 juta), Dubai (15.93 juta) dan Singapura (14.67 juta).

Katanya, senarai bandar dan destinasi pelancongan paling popular duna dibuat berdasarkan kemasukan jumlah pelawat yang bermalam dan perbelanjaan rentas sempadan.

Sebanyak 20 destinasi disenaraikan dan menyaksikan Kuala Lumpur berjaya menewaskan beberapa pilihan destinasi pelancongan popular lain antaranya New York, Amerika Syarikat (13.6 juta), Tokyo, Jepun (12.93 juta), Istambul, Turkiye (13.4 juta) Seoul, Korea Selatan (11.25 juta) dan Milan, Itali (9.10 juta)

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat