Mayat seorang lelaki ditemui di dalam kereta yang terletak berhampiran tapak jualan car boot sale di Kota Damansara, Selangor pada Ahad dipercayai bunuh diri berikutan penemuan arang berasap di dalam kenderaan terbabit.
Menurut kenyataan Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly, lelaki tempatan berusia 40-an itu dipercayai meninggal dunia lebih lima hari.
“Pada pukul 12.04 tengah hari, Balai Polis Kota Damansara menerima satu laporan berkenaan kematian seorang lelaki tempatan. Siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah Perodua Bezza.” Katanya.
Menurut laporan Harian Metro itu lagi, beliau memberitahu, setakat ini siasatan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Penemuan mayat itu turut dikongsikan oleh salah seorang peserta jualan menerusi aplikasi X.
Turut ditemui satu nota ditinggalkan mangsa yang meminta orang ramai untuk menghubungi ahli keluarganya.
Baca juga: