Poster filem seram terbitan Indonesia, Sijjin yang bakal ditayangkan bermula Khamis (esok) di pawagam mencetuskan kontroversi apabila kelihatan seolah-oleh menghina agama Islam.
Poster filem terbitan Rapi Films itu menggambarkan kalimah Allah pada kain hitam yang membaluti tubuh wanita.
Tindakan itu secara tidak langsung menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia sekali gus bertentangan dengan budaya dan agama masyarakat tempatan.
Susulan itu, perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mengarahkan Golden Screen Cinemas (GSC) selaku pengedar filem tersebut untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.
“FINAS ambil maklum mengenai isu ini. Kami sudah mengarahkan GSC untuk menarik balik dan menukar poster filem ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Filem Sijjin yang diadaptasi dari karya Turkiye bertajuk Siccin menceritakan tentang pasangan yang mengalami kejadian mistik disebabkan amalan ilmu hitam.
Baca juga: