Isteri jumpa nota bunuh diri, Lee Sun Kyun meninggal dunia pada umur 48 tahun

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sun Kyun ditemui meninggal dunia di tempat letak kereta di Taman Waryong, Seoul pada Rabu.

Memetik laporan agensi berita Yonhap, berita kematian Sun Kyun disahkan Balai Polis Seongbuk selepas menerima panggilan daripada isterinya, Jeon Hye Jin yang melaporkan suaminya ada meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilangkan diri.

Arang turut dijumpai di dalam kereta berkenaan, yang lebih mengukuhkan punca kematian adalah bunuh diri.

Pelakon yang terkenal dengan wataknyan sebagai Park Dong Ik dalam filem ‘box office’ Parasite itu sebelum ini terpalit dengan kontroversi penyalahgunaan dadah.

Pelakon tersebut juga pernah disoal siasat oleh pihak polis Korea Selatan selama tiga kali, namu kekal menyatakan bahawa dia ditipu untuk mengambil dadah oleh pelayan bar yang kemudiannya cuba memeras ugutnya.

Selain Parasite, Sun Kyun juga pernah membintangi filem Sleep, Kingmaker dan Killing Romance.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat