Seorang penuntut universiti maut dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mayat remaja berusia 18 tahun yang ditemui di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat itu dikatakan mahu mengambil pakaian di balkoni sebelum terjatuh.
Bercakap dalam kenyataan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima laporan kejadian pada 8.17 malam.
“Menurut keterangan saksi, mereka mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.
“Mangsa dikatakan membuat Tindakan untuk memanjat meja dan pagar balkoni sebelum hilang keseimbangan dan jatuh ke bawah.
“Mayat kini berada di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” tambahnya lagi dalam kenyataan.
Katanya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan.
Baca juga: