Objek ‘misteri’ dipercayai bom Perang Dunia Kedua

Seorang pekerja ladang di Jelai, Gemas Negeri Sembilan pada Selasa menemukan sebuah objek ‘misteri’ bersaiz tong gas yang dipercayai bom daripada peninggalan sejarah Perang Dunia Kedua.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman, beliau menerima maklumat daripada orang awam menyatakan bahawa terdapat bom yang sebesar tong gas di ladang.

“Anggota polis bersama-sama Ketua Polis Balai Gemas bertindak segera turun ke lokasi unutk mengelakkan sebarang kejadian buruk yang berlaku.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Negeri Sembilan akan laksanakan pemusnahan bom tersebut pada Rabu,” katanya menurut Kosmo.

Orang awam dinasihatkan agar tidak menghampiri Kawasan larangan tersebut supaya tidak menghalang kerja-kerja pemusnahan bom terbabit dan mengelakkan sebarang tragedi ngeri berlaku.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat