Tikam kekasih sehingga maut, penjual buah berdepan hukuman gantung

Susulan kejadian yang dilaporkan Kosmo pada 18 Disember membabitkan seorang wanita berbangsa Cina mati dibunuh di dalam kereta, teman lelakinya akan berdepan hukuman gantung.

Tertuduh Khoo Choon Heng, 44, yang juga penjual buah didakwa di Mahkamah Majistret Klang, Selangor di atas pertuduhan membunuh kekasihnya Koh Chea Ling, 26, dengan menikam badan mangsa menggunakan pisau di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Bayu Tinggi, Klang pada pukul 1 tengah hari.

Choon Heng mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid pada Rabu di Mahkamah Majistret Klang.

Bagaimanapun, pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Menurut laporan sebelum ini, mangsa mati dibunuh dengan kesan tikaman bertubi-tubi pada badannya sebelum ditinggalkan di dalam sebuah kereta.

Kejadian itu dilaporkan oleh orang awam kepada pihak polis ekoran tragedi ngeri yang menimpa mangsa pada pukul 2.17 petang pada Isnin.

Untuk info, motif kejadian dipercayai kerana cemburu dengan suspek kemudian mencederakan diri dengan menikam badannya menggunakan pisau yang sama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat