Kes pertama subvarian Covid-19 JN.1 dilaporkan di India

India melaporkan kes pertama subvarian Covid-19 JN.1 ketika peningkatan mendadak jangkitan virus terbabit di negara itu.

Varian baharu itu pertama kali dikesan di Kerala, India pada 8 Disember melalui sampel ujian RT-PCR positif ke atas seorang wanita berusia 79 tahun.

Setakat ini sebanyak 110 kes varian JN.1 dilaporkan di sembilan negeri termasuk, Goa, Kartanaka, Rajasthan, Tamil Nadu, Gujarat dan Telangana.

Memetik laporan Bernama, World health Organization (WHO) berkata varian baru itu mungkin mengakibatkan peningkatan kes Covid-19 di samping peningkatan virus lain yang aktif pada musim sejuk.

Setakat pagi Rabu, India merekodkan 529 kes baharu dalam 24 jam, menjadikan kes aktif sebanyak 4,093.

India turut merekodkan tiga kematian baru, dua di negeri Kartanaka dan satu di Gujarat.

Membalas kepada peningkatan kes Covid-19, kemudahan penjagaan kesihatan berprestij Delhi ‘All India Institute of Medical Sciences’ telah menubuhkan unit saringan Covid-19 di bahagian kecemasan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat