‘Superman’ Termerloh ditahan polis

Empat penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya hingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Ahad lalu ditahan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan Hassan, berkata, semua mereka berusia 15, 19, 20 dan 22 tahun ditahan di rumah masing-masing pada pukul 4.42 petang.

“Polis menahan keempat-empat suspek untuk membantu siasatan dan motosikal Yamaha Y15ZR yang digunakan turut dijumpai.

“Semua penunggang yang baru sahaja kemalangan turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan,” katanya memetik Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, media melaporkan polis memburu sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘superman’ di lebuh raya tersebut sebelum terbabas.

Dalam rakaman video 28 saat itu, penunggang tersebut dilihat berlumba antara satu sama lain sebelum hilang kawalan hingga berlakunya perlanggaran antara mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat