Mahasiswa Indonesia usir pelarian Rohingya

Sekumpulan mahasiswa dari beberapa buah universiti di Jakarta bertindak mengusir pelarian Rohingya yang berlindung di Balai Meuseuraya, Banda Aceh, pada Rabu.

Kedatangan pelarian tidak diterima baik kerana mereka menganggap tindakan melanggar norma kehidupan yang dipersetujui di Indonesia.

Dalam satu rakaman tular di media sosial memaparkan kumpulan mahasiswa memecah masuk ke balai raya yang menjadi tempat perlindungan kumpulan pelarian itu.

Perlajar tersebut kemudian mengepung kumpulan pelarian berkenaan yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Pada video tersebut juga dapat dilihat sekumpulan lelaki Rohingya sedang mendirikan solat.

Kumpulan pelarian tersebut dipaksa keluar daripada pusat perlindungan tersebut dan menaiki beberapa buah trak yang membawa mereka ke Pejabat Wilayah Kementerian Undang-Undang dan Hak-Hak Asasi Manusia di Aceh.

Menurut laman berita CNN, tunjuk perasaan itu disertai oleh mahasiswa dari Universiti Al Washliyah, Universiti Abulyataman dan Universiti Bina Bangsa Getsempena.

Pengusiran ini melibatkan seramai 135 orang pelarian Rohingya yang mendarat di Pantai Aceh pada 10 Disember lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat