Wanita mulut celupar kena smackdown tepi jalan

Seorang wanita teruk dibelasah dalam satu kejadian pergaduhan di laluan kaki lima premis.

Difahamkan insiden pergelutan antara dua wanita itu berlaku di Amerika Syarikat dikatakan berpunca daripada salah faham sehingga mengakibatkan pergaduhan mulut.

Berdasarkan video yang tular di X, wanita yang mengenakan baju hitam menjadi sasaran wanita berbaju jingga yang dikatakan berang akibat menjadi mangsa sindiran berunsurkan perkaumam.

Disebabkan tidak dapat menahan sabar, dia lantas bertindak agresif lalu menumbuk muka dan kepala wanita berbaju hitam sambil menarik rambutnya.

Dalam rakaman itu turut dilihat seorang lelaki cuba mempertahankan mangsa, namun usahanya itu gagal.

Selain teruk dipukul pada bahagian kepala, badan mangsa juga ditolak ke atas lantar sebelum kepalanya dipijak beberapa kali.

Meskipun kedengaran mangsa beberapa kali memohon maaf, namun tindakannya itu tidak dipeduli.

Kedengaran juga beberapa individu yang melihat kejadian itu hanya membiarkan pergaduhan mereka di samping bersorak apabila melihat mangsa teruk dibelasah.

Melihat ke ruangan komen video tersebut di media sosial, rata-rata warganet mengharapkan agar mangsa segera mendapatkan rawatan di hospital.

“Bawa dia ke hospital segera, bimbang ada kecederaan serius,” kata RoberdJames.

“Sindiran perkauman ini tidak boleh dimaafkan, tetapi tidak berbaloi jika masuk penjara kerana belasah orang sebegitu,” kata MerryCarla.

“Kenapa mereka yang lain hanya melihat, tidak membantu,” kata ItsSuzie.

Bagaimanapun, keadaan mangsa selepas kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat