Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Wilayah Ishikawa, Jepun pada Isnin.
Katanya, kerajaan menerusi Kementeri Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun sentiasa akan mengemas kini perkembangan penduduk dan keadaan mangsa yang terlibat dalam bencara itu.
“Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini termasuk rakyat kita di sana.
“Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram.
Gempa bumi dengan magnitud 7.6, mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang tsunami kecil sampai ke pantainya.
Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat bencana itu.
Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Baca juga: