Seorang lelaki berumur 48 tahun ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya selepas dua hari didapati tidak hadir bekerja di Jalan Tuaran, berhampiran sebuah pasar raya di Likas, Rabu.
Insiden tersebut disedari apabila majikannya datang ke rumah sekitar pukul 9 pagi untuk memeriksa keadaan lelaki terbabit, namun terhidu bau busuk daripada dalam sebuah bilik.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan tentang kejadian itu.
“Majikan dan pemilik bilik sewa menghubungi polis dan sebaik sahaja mereka memecahkan pintu selepas terhidu bau busuk daripada dalam bilik.
“Keterangan daripada penghuni bilik lain mendapati, ada yang terhidu bau busuk namun menyangka disebabkan sampah,” katanya menurut Harian Metro.
Bagaimanapun mayat telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk bedah siasat.
Untuk rekod, kes kematian ini diklasifikaskan sebagai mati mengejut.
Baca juga: