Pemergian ibu tercinta semestinya sebuah tamparan hebat buat penyanyi terkenal, Khai Bahar.
Ibu penyanyi Khai Bahar, Rosnah Muhammad meninggal dunia dalam tidur pada umur 65 tahun di Kangar, Perlis pada pukul 10.40 malam, Selasa.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh pengurus penyanyi itu, Mohammed Rizal Mohammed Yasin menerusi satu perkongsian di Instagram.
“Salam semua, saya pengurus (Jai) yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.
“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah,” katanya di Instagram.
Khai Bahar atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, difahamkan sedang bercuti di Langkawi, namun terus bergegas pulang setelah mendapatberita sedih itu.
Menerusi sebuah rakaman di media sosial yang dimuat naik Khai, menunjukkan beliau dalam perjalanan ke kampung dari Pulau Langkawi.
Khai dalam rakaman itu menangis selain meninggalkan kapsyen ‘mak’ pada video berkenaan.
Sebelum ini, Khai memaklumkan kesihatan ibunya merosot ekoran penyakit buah pinggang, masalah jantung dna paru-paru.
Arwah mula menjalani rawatan dialisis sejak awal tahun lalu, pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sesak nafas.
Khai juga pernah memaklumkan ibunya mengalami masalah daya ingatan sehingga tidak kenal diri sendiri setiap kali selesai menjalani rawatan dialisis.
Untuk info, sejak setahun lalu penyanyi yang juga pelakon itu kerap pulang ke kampung bergilir menjaga ibunya.
Baca juga: