Pekerja buruh menyamar jadi anggota polis direman 4 hari

Seorang lelaki tempatan ditahan akibat setelah cuba menyamar sebagai anggota polis di Jalan Pandan Cahaya, Ampang pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, lelaki terbabit yang juga merupakan pekerja buruh itu didapati mengenakan jaket dengan tertera perkaraan polis.

Katanya, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya ketika Op Khas Cegah Jenayah Ambang Tahun Baru pada pukul 1.45 pagi.

“Suspek yang menunggang motosikal ketika itu, bagaimanapun gagal menunjukkan kad kuasa polis selain memberikan alasan yang tidak munasabah.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek berusia 27 tahun itu adalah negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Pihak polis juga telah merampas sebuah motosikal, satu anak kunci, sehelai vest dan sekeping kad pengenalan,” katanya lapor Berita Harian.

suspek direman empat hari dan tempoh tahanan tamat pada Khamis.

Kes disiasat bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan merujuk kepada menyamar penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki secara haram peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat