Babak cium lapik kain, Yusri tampil mohon maaf

Pengarah drama bersiri adaptasi Korea Selatan, W: Two World’s, Datuk Yusry Abd. Halim memohon maaf berhubung babak ciuman berlapik antara pelakon Daiyan Trisha dan Hun Haqeem.

Sutradara tersohor itu dan dua lagi tunjang utama adaptasi drama tersebut bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai hal terbabit bagi menghormati permintaan Viu selaku medium penstriman.

“Saya ada banyak benda nak cakap, tetapi Viu sudah cakap, hanya itu sahaja jawapannya,” kata Yusry.

Yusry bagaimanapun tidak ketinggalan membuat permohonan maaf kepada khalayak yang terkesan dengan kewujudan adegan tersebut.

Biarpun diasak dengan pertanyaan lain termasuk pengesahan sama ada babak sensasi itu hanya menggunakan mainan sudut kamera, Yusry lebih selesa membiarkan hal berkenaan menjadi tanda tanya.

Perkongsian yang tular dalam pelbagai platform media sosial tetap meraih kecaman apabila disifatkan netizen tidak sensitif dan bertentangan dengan budaya masyarakat setempat.

Sementara itu, mengenai plot kisah 12 episod itu akui Yusry banyak perubahan dibuat selepas episod enam yang dikatakan lari daripada naskhah asal bagi menyuntik pembaharuan.

Untuk info, kontroversi tercetus apabila ada individu memuatnaik paparan penghujung episod satu di mana Hun sebagai Alif menarik tangan Izara (Daiyan) yang mencetuskan babak ciuman tetapi berlapik menggunakan kain.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat