Sebuah bot nelayan hampir karam akibat dirempuh sekumpulan jerung paus di perairan Pulau Balar, Langkawi pada Rabu.
Lima nelayan tersebut bagaimanapun diselamatkan oleh anggota Maritim Malaysia pada pukul 7 malam itu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, nelayan terbabit berusia di antara 23 hingga 58 tahun diselamatkan bot nelayan lain yang berada berhampiran.
“Mangsa memaklumkan bot mereka terbelah dua akibat dilanggar sekumpulan jerung paus di kawasan kejadian.
Selepas menerima maklumat kejadian daripada orang awam,APMM menggerakkan Bot Kilat 6 untuk mengesan lokasi bot terbabit,” katanya dalam suatu kenyataan.
Difahamkan kelima-lima mangsa dilaporkan ditemui dan diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran sebelum ketibaan anggota Maritim Malaysia.
Tambah Romli, komuniti maritim diingatkan supaya sentiasa membawa dan memakai jaket keselamatan ketika berada di laut, selain digalakkan juga membawa Personal Locator Beacon (PLB) sebagai alat keselamatan.
Baca juga: