Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bukan ‘kembar’ Mat Kilau

Pengarah filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Shaharuddin Md Dali menyifatkan perbezaan plot penceritaan antara naskhah layar lebar itu dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di pawagam.

Katanya, matlamat kedua-dua filem tersebut mengetengahkan tentang pejuang negara yang berusaha membebaskan tanah Melayu daripada pihak penjajah.

Namun, beliau tetap bertegas mengatakan bahawa karya arahannya lebih memberi fokus kepada watak Awang yang merupakan pengikut Mat Kilau.

“Kedua-dua pahlawan tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menghentikan penindasan penjajah pada zaman itu.

“Dalam filem Mat Kilau jelas menunjukkan beberapa usaha orang kampung yang menentang kehadiran penjajah, tetapi filem ini menceritakan tentang usaha Awang untuk melindungi Tok Gajah daripada pihak British,” katanya yang ditemui pada tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah pada Selasa.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal memulakan tayangan pada 11 Januari depan.

Shaharuddin memberi reaksi itu ketika ditanya tentang perbezan kedua-dua buah filem yang diterbitkan oleh rumah produksi sama, Studio Kembara.

Dalam pada itu, Shaharuddin menjelaskan tentang pertukaran kerusi pengarah bukan bertujuan pemasaran atau publisiti murahan.

Katanya, perubahan itu dibuat atas dasar permintaan penerbit yang dikatakan tidak mencapai matlamat yang diinginkan.

“Saya tidak tahu menahu tentang itu kerana tugas saya sebagai pengarah. Jadi saya urusan pengarah itu luar bidang kuasa saya.

“Tetapi, hanya 30 peratus daripada pengarah sebelum ini iaitu Areel Abu Bakar digunakan dalam filem ini,” ujarnya.

Untuk info, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah akan memulakan tayangan pada 11 Januari dan turut dibintangi oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Datin Seri Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Tissa Biani.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat