Nikmati harga tambang rendah ke Sabah, Sarawak sempena cuti Tahun Baru Cina

AirAsia melancarkan harga tambang yang rendah bermula dari RM298 dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak buat penerbangan lewat malam untuk sambutan Tahun Baru Cina akan datang, bermula dari 5 hingga 15 Februari 2024.

Penerbangan dengan harga RM298 sehala termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu atau Miri Johor Bahru ke Kuching, Sibu atau Miri.

Tambang tetap bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pula akan berharga RM348 sehala.

Selain penerbangan ke tujuh destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia turut mengendalikan 408 penerbangan mingguan dengan tambang biasa ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menyokong inisiatif kerajaan pada musim perayaan ini.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan berbesar hati menyokong usaha AirAsia yang terus konsisten menyokong kerajaan bagi memastikan rakyat dapat melakukan perjalanan dengan tambang berpatutan, terutamanya semasa musim perayaan.

“Ini sejajar dengan inisiatif-inisiatif kerajaan termasuk program FLYsiswa di mana kerajaan menyediakan subsidi RM300 untuk pembelian tiket penerbangan oleh pelajar universiti awam.

“Kerajaan juga mengenakan subsidi tambang asas RM599 sehala bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi ke Sabah, Sarawak dan Labuan seperti yang diumumkan pada tahun lalu.

“Kerjasama antara kerajaan dan pemain industri yang terlibat adalah penting untuk membangunkan sektor penerbangan yang lebih kukuh dan dinamik seterusnya memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara,” katanya pada majlis pelancaran tambang harga tetap itu di Sepang pada Jumaat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat