Pelawak dan juga ahli kumpulan Senario, Hamdan Ramly, 55, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.50 tengah hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor setelah seminggu bertarung nyawa.
Berita sediah pemergian Hamdan disahkan oleh anaknya, Nur Natasya Umairah, 20, menerusi mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp.
“Assalamualaikum semua, khabar duka. Hamdan sudah tiada (meninggal dunia),” katanya.
Punca kematian masih belum disahkan pada ketika ini.
Pada 31 Disember lalu, Hamdan terpaksa ditidurkan di HSA selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Selain itu, doktor turut memaklumkan Hamdan turut mengalami jantung lemah dan paru-paru berair.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat orang cahaya mata.
Baca juga: