Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,481 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,024 pada Khamis.
Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan laporan 13 PPS yang dibuka termasuk empat di Johor yang menempatkan 420 mangsa, enam di Kota Tinggi seramai 720 mangsa, dua di Mersing seramai 271 orang mangsa dan satu di Kluang yang menempatkan 70 orang.
Menurut NADMA, status stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai di Johor berada di paras bahaya.
Sungai yang berada pada paras bahaya ialah Sungai Tenglu Besar Mersing, merekodkan paras 2.12 meter dengan trend menurun dan Sungai Endau Kluang, berada pada paras 14.74 meter dengan trend meningkat.
Terdapat juga dua sungai di negeri Perak dan Perlis yang mencatat rekod pada paras bahaya.
Sungai tersebut ialah Sungai Perak, Hulu Perak, Perak pada paras 112.04 meter dengan trend menurun dan Sungai Arau, Perlis pada paras 24.15 meter dengan trend meningkat.
Baca juga: