Pertelingkahan suami isteri berakhir tragedi apabila si suami maut terjatuh dari tingkat 17 dan isterinya ditemui cedera ditikam di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur pada pukul 11.15 pagi.
Pasangan suami isteri yang merupakan warga Indonesia, masing-masing berusia 44 dan 37 tahun itu dipercayai bergaduh akibat perselisihan faham.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, menyatakan bahawa semasa pergaduhan, suami tersebut didakwa menikam isterinya di bahagian dada sebelum kemudian terjatuh dari tingkat 17 unit kondominium terbabit.
“Suspek ditemui mati berhampiran kolam renang, manakala isterinya cedera akibat ditikam dengan pisau.
“Mangsa yang ditikam dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan dilaporkan stabil,” katanya lapor Berita Harian.
Polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.
Baca juga: