Penyanyi, Zynakal, 26, terlibat dalam kemalangan ketika menyertai konvoi motosikal bersama rakannya ketika melalui satu selekoh di kawasan Janda Baik, Pahang, Sabtu lalu.
Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli, dikhabarkan mengalami cedera ringan, iaitu luka pada kaki dan tangan.
Menurut laporan Harian Metro, Zynakal dalam perjalanan pulang dari Janda Baik setelah berhenti di sebuah kedai kopi bersama konvoi rakan-rakannya.
Dia turut menyatakan dirinya terjatuh sendiri sahaja, tidak melibatkan kenderaan lain pada hari kejadian.
“Dalam perjalanan pulang, ketika melalui satu selekoh, Zyn terjatuh tetapi tak ada kemalangan dengan mana-mana pihak atau kenderaan lain. Saya hanya jatuh sendirian.
“Kecederaan pun tidak teruk, hanya ada luka-luka di kaki dan tangan,” tambahnya.
Dia turut memuat naik hantaran di Instagramnya berserta beberapa gambar menunjukkan luka dialaminya berserta kapsyen “Luka tahun baharu. Terima kasih yang membantu sewaktu kejadian”.
Baca juga: