Bakal suri Putera Mateen pandai ‘uli tepung’, berikut fakta menarik tentang Dayang Anisha

Penikahan pasangan dua sejoli, Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangan, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam yang dijadulakan pada 11 Januari nanti mampu diangkat sebagai Wedding Of The Year, dan acara yang paling dinantikan.

Masakan tidak, putara berwajah tampan yang menjadi pujaan jutaan wanita seluruh nusantara akan sah bergelar suami tidak lama lagi.

Khabar gembira dari keluarga diraja Brunei Darussalam lantas menarik minat orang ramai mengenai bakal isteri Putera Mateen yang disifatkan sebagai ‘gadis paling bertuah’.

Namun siapa sebenarnya gadis jelita itu? Jadi, berikut fakta menarik mengenai Dayang Anisha.

Cucu pembesar diraja Brunei

Dayang Anisha, 30, yang turut dikenali sebagai Anisha Isa Kalebic merupakan cucu kepadayang Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim iaitu penasihat khas Sultan Brunei.

Datuk Dayang Anisha ini juga pernah menyandang jawatan dalam kerajaan antaranya sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970 selain menjadi pengasas kepada Syarikat Penerbangan Royal Brunei.

Mempunyai hobi dan minat terhadap memasak

Dayang Anisha yang juga merupakan graduan dari University of Bath, England itu mempunyai minat dalam keindahan hidangan dari pelbagai negara.

Bagai menzahirkan minatnya itu, beliau kongsikan beberapa gambar makanan di Instagram @anishaskitchen, menunjukkan minatnya terhadap masakan, dengan sajian gambar-gambar makanan yang menyelerakan.

Antara makanan yang pernah dimasak olehnya ialah kek sifon pandan dan pelbagai sajian makanan barat.

Tangkap layar akaun Instagram @anishaskitchen

Memiliki dua perniagaan

Dayang Anisha turut memiliki perniagaan yang diusahakan olehnya sendiri, iaitu Silk Collective yang merupakan sebuah perniagaan jenama pakaian berasaskan sutera.

Selain Silk Collective, Dayang Anisha juga mempunyai perniagaan pelancongan yang diberi nama Authentinerary, yang diusahakan bersama rakan baiknya, Emily.

Bercinta dengan Putera Mateen sejak 2018

Desas-desus menyatakan Dayang Anisha mula menjalinkan hubungan romantik bersama Putera Mateen sejak 2018.

Ini kerana sebelum ini pernah tular sebuah foto menunjukkan Putera Mateen menghadiri sebuah acara bersama Dayang Anisha pada tahun sama.

Abangnya bersahabat baik dengan Putera Mateen

Abang kepada Dayang Anisha, Danial Deen Isa Kalebic dikatakan berkawan baik kepada Putera Mateen.

Menerusi perkongsian di media sosial, Danial dan isterinya Janetira Attaskulchai sering meluangkan masa bersama Putera Mateen dan Anisha.

Dua sahabat ini juga mempunyai minat serupa dan dilihat sering bermain bola sepak dan sukan polo bersama-sama.

Putera Mateen (tengah) bersama bakal abang iparnya, Danial (kiri).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat