Berang tidak bantu buat kerja rumah, ibu dakwa tikam anak sendiri ditahan polis

Seorang ibu yang seharusnya bertindak sebagai pelindung tergamak mencederakan anak lelaki berusia 12 tahun dengan pisau dalam satu kejadian pertengkaran di Kampung Changkat, Gombak pada Jumaat.

Insiden mencemaskan itu berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila mangsa berjaya melarikan diri sebelum dan diselamatkan jiran sebelum menghubungi pihak polis.

Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki itu mengatakan suspek menikam dirinya dengan pisau.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu.

“Dalam pertengkaran itu, pisau sayur yang dipegang terkena anak menyebabkan cedera di tangan dan kaki.

“Mangsa dihantar untuk rawatan dan mendapat antara empat hingga lima jahitan,” katanya lapor Harian Metro.

Polis juga sudah menahan wanita terbabit kira-kira pukul 1 pagi, pada Sabtu.

Siasatan awal mendapati ibu mangsa mengaku memarahi anaknya kerana tidak bantu membuat kerja rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat