Putera Mahkota Arab Saudi minta Israel hentikan serangan ke atas Gaza demi kepentingan sejagat

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman meminta agar Israel memikirkan kepentingan sekiranya mereka menghentikan serangan ke atas penduduk Gaza dalam perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Isnin.

Kepentingan yang dimaksudkan adalah untuk memperhebatkan usaha kemanusiaan di samping ingin mewujudkan keselamatan dan kestabilan negara bergolak itu.

Baginda turut menekankan kepentingan proses damai yang memastikan rakyat palestin mendapatkan hak mereka di samping mencapai keamanan dan keadilan yang berkekalan.

Blinken menghadap baginda di bandar Al-Ula di barat laut Arab Saudi, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Menurut jabatan negara AS, Blinken sedang merangka lawatan rasmi ke Asia Barat sehingga 11 Januari ini.

Lawatan rasmi tersebut termasuk ke negara Turkiye, Greece, Qatar, Emiriah Arab Bersatuuu, Israel, Tebing Barat dan Mesir.

Lawatan tersebut dilakukan ketika Israel sedang berterusan menyerang Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu hingga mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 23,084 rakyat Palestin dan tercedera seramai 58,926 orang.

Kesan daripada peperangan itu, 60 peratus infrastruktur Gaza musnah dan hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal.

Rakyat Gaza turut mengalami masalah kekurangan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan disebabkan serangan ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat