Affin Group lancar AFFINWRKFZ bagi atasi masalah pembayaran gaji

Affin Group melancarkan solusi kepada masalah pembayaran gaji yang terbaharu dikenali sebagai AFFINWRKFZ yang menyepadukan produk dalam kumpulan merangkumi pekerja, majikan dan perniagaan.

Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti Kumpulan Affin Bank Bhd, Fairuz Radi, berkata AFFINWRKFZ direka untuk memenuhi keperluan pemilik perniagaan, operasi dan pekerja mereka.

Katanya, penyelesaian terkini itu adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan perbankan itu terhadap pelanggan mereka merangkumi pelanggan korporat, individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan komersial.

Fairuz menyatakan pihak Affin Group mencatatkan kira-kira 80 ribu syarikat yang tediri daripada pelanggan korporat dan komersial termasuk PKS sehingga November 2023.

Namun, hanya 53 peratus daripada jumlah pelanggan tersebut mendaftar dengan platform perbankan internet korporat kumpulan, AFFINMAX dan kurang dari lima peratus yang menggunakan platform tersebut sebagai perkhidmatan bayaran gaji kepada pekerja.

“Kami menggunakan peluang ini untuk menukarkan pengguna AFFINMAX untuk menggunakan penyelesaian pembayaran gaji kami, AFFINWRKFZ,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Fairuz turut berkata pihaknya telah meningkatkan strategi untuk ke pasaran bersama AFFIN Workforce, penyelesaian perbankan bersepadu yang memberi manfaat pembayaran gaji, dan pengekalan akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) untuk majikan, pekerja dan perniagaan.

Pihak AFFIN group turut menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi strategik dalam titik jualan Sumber Manusia (HR), perakaunan dan e-dagang.

Ia turut menawarkan pelanggan penyelesaian reka bentuk digital yang serba lengkap.

Fairuz turut menambah segmen pelanggan yang disasarkan ialah pemilik perniagaan dengan produk gaya hidup ekslusif.

“Dengan ini, kami dapat memanfaatkan platform perbankan internet korporat AFFINMAX kami dan SME Colony untuk operasi perniagaan dan produk khusus bagi pekerja dengan menggunapakai perbankan internet runcit atau aplikasi mudah alih,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat