Kadar panggilan turun sehingga 74 peratus

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi kenyataan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bahawa rekod kadar penurunan panggilan terputus untuk setiap rangkaian mudah alih 4G antara 10 hingga 74 peratus.

Kejayaan menurunkan kadar panggilan terputus itu diusahakan oleh pengendali rangkaian mudah alih 4G dalam mengoptimumkan prestasi rangkaian mereka.

Ia juga merupakan hasil usaha Digital Nasional Berhad (DNB) yang mengaktifkan fungsi ‘Call Reestablishment‘ (CRE) untuk liputan LTE700 dalam rangkaian 5G bermula 21 hingga 29 Disember lepas untuk kesemua tapak 5G di seluruh negara.

“Pertemuan antara MCMC dengan pengendali rangkaian mudah alih bersama DNB telah diadakan pada 14 Disember tahun lalu untuk membincangkan masalah panggilan terputus ini.

“Susulan daripada pertemuan itu, satu bengkel telah diadakan untuk mencari penyelesaian yang terbaik buat masalah ini,” kata Fahmi dalam sidang media Ujian Kulaiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Kementerian Komunikasi, pada Selasa, lapor Bernama.

Terdahulu, Fahmi dan timbalannya Teo Nie Ching dibawa menaiki bas dari Bangunan Parlimen ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya untuk meneliti kualiti panggilan suara sama ada memuaskan atau tidak.

Ujian ini dibuat untuk menguji kualiti rangkaian yang disediakan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia untuk menjawab rungutan orang ramai mengenai isu panggilan terputus sebelum ini.

Hasil kajian menunjukkan kadar panggilan tersebut turun sehingga 74 peratus untuk setiap rangkaian mudah alih 4G.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat