Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan projek tebatan banjir yang dirangka di Pahang dipercepatkan tanpa perlu dipolitikkan.
Baginda turut bertitah agar projek terbabit dipandang serius dan perlu diselesaikan secepat mungkin.
“Saya harap kerajaan harus mempercepatkan projek-projek tebatan banjir yang telah dirangka oleh pihak berwajib di seluruh Pahang.
“Janganlah berpolitik dalam hal ini. Pembinaan tebatan banjir ini seeloknya dibina secara serius di seluruh Pahang,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewa Semai Bakti FELDA Chini 1, Pahang pada Khamis.
Baginda turut diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Baca juga: