Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengakui Israel dan mengecam sekeras-kerasnya perlakuan rejim Zionis yang melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin.
Pendirian tegas Anwar itu disampaikan oleh Menter Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang disampaikan kepada Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock.
Annalena mengadakan kunjungan hormat terhadap Anwar di Putrajaya pada Jumaat.
“Perdana Menteri dengan tegas menyatakan pendirian Malaysia yang mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa.
“Lebih teruk lagi apabila melibatkan wanita dan kanak-kanak yang dibunuh dengan cara yang kejam sekali,” katanya.
Mohamad Hasan turut berkata Anwar menggesa Jerman yang merupakan salah satu kuasa yang rapat dengan Israel untuk menyegerakan gencatan senjata dan menghentikan pengeboman di kawasan bergolak itu.
“Anwar turut menyatakan hasrat memperbanyakkan pertukaran wacana intelektual antara Malaysia dan Jerman untuk melihat persepsi yang berbeza antara Timur dan Barat.
“Ini kerana ramai cendekiawan benayak mengeluarkan rencana mengenai Islam meskipun mereka bukan penganut agama Islam,” katanya.
Tambahnya, ini boleh mengelakkan ‘pertembungan kejahilan’ kerana kurang penghayatan dalam agama Islam hingga menyebabkan syak wasangka yang tinggi.
Baca juga: