Polis siasat Sarjan Mejar tampar muka lelaki berulang kali

Polis Johor akan menjalankan siasatan mengenai video yang tular di media sosial yang memaparkan seorang individu yang dipercayai berpangkat Sarjan Mejar yang didakwa melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki di tempat awam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihak polis Johor mengesan video berdurasi 37 saat itu tular di aplikasi X pada Jumaat.

“Video itu tular sekitar pukul 3.11 petang, yang turut menunjukkan info polis terbabit berserta jawatan yang disandangnya.

“Kami akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan sekiranya ada saksi kejadian sila tampil untuk membuat laporan dan memberi keterangan untuk membantu siasatan,” katanya lapor Berita Harian.

Kamarul Zaman turut menambah tindakan tanpa kompromi akan diambil mengikut undang-undang tanpa mengira jawatan si pelaku.

Berdasarkan video yang tular tersebut, menunjukkan lelaki terbabit dilihat beberapa kali menampar muka dan menarik rambut mangsa di dalam sebuah kawasan yang dipercayai sebuah restoran.

Selain mengasari lelaki tersebut, suspek juga memarahi individu; “Dah tak puasa, mencuri lagi. Telefon bapa kau sekarang.”

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat