Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Setia Alam pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada pukul 11.30 malam.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis BMW dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan dan melibatkan mangsa seorang lelaki tempatan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Mangsa yang berumur 40 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan susulan kejadian.
“Mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Menurut laporan daripada Harian Metro, setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan.
Baca juga: