Uqasha Senrose sah berbadan dua

Pelakon jelita, Uqasha Senrose berkongsikan khabar gembira apabila mengesahkan dia kini sedang hamil. 

Kata Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dia mengambil masa yang lama untuk memaklumkan perkara itu memandangkan sebelum ini pernah berdepan dengan keguguran. 

“Syukur ya Allah. Rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha (dirinya). Nervous (gementar) dari nak jadi isteri dan sekarang gementar untuk jadi ibu.

“Ramai tanya-tanya kenapa Qasha tak jawab. Sebab sah gugur, jadi Qasha takut, jadi biarlah diri Qasha yang cakap,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram pada Ahad. 

Bagaimanapun isteri kepada aktor Kamal Adli, 37, itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kehamilannya. 

Terdahulu, Uqasha memilih untuk mengunci mulut, meskipun ramai yang mula bertanyakan tentang perubahan badannya. 

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada November 2021. 

Uqasha sebelum ini pernah memberitahu mengalami keguguran sebanyal dua kali iaitu pertama saat mengerjakan ibadah umrah beberapa bulan selepas berkahwin, manakala kedua pula sekitar November 2022. 

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat