Hasrat seorang peniaga dalam talian untuk melipatkan wang pelaburan akhirnya berputih mata apabila wang pelaburan bernilai RM70,822 ‘hangus’ akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata, mangsa terlibat dengan aktiviti pelaburan itu melalui aplikasi WhatsApp.
Mangsa juga merupakan seorang wanita berusia 38 tahun.
“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima laporan berkaitan kejadian yang berlaku pada 10 Januari lalu bertempat di Cameron Highland.
“Pada hari kejadian, mangsa dikatakan telah berminat untuk menyertai satu Skim Pelaburan yang dikenali sebagai bitcoin melalui laman sosial WhatsApp. Melalui aplikasi itu, mangsa telah ditawarkan dengan pelaburan online bitcoin.
“Mangsa telah berminat dengan tawaran tersebut dan telah membuat sebanyak 25 transaksi kepada tujuh akaun bank yang berbeza sehingga sedar dirinya ditipu,” katanya.
Baca juga: