Bersatu Wilayah Persekutuan perkenal ahli jawatankuasa baharu

Dua tokoh politik, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Mahathir Md Rais dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, Bersatu Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, Bersatu Wilayah Persekutuan memberitahu, keputusan itu dibuat susulan pelantikan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan sekali gus menggantikan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pada November lalu.

Katanya, Bersatu sudahpun memperkenalkan barisan pentadbiran baharu iaitu Timbalan Ketua, Mohd Badrul Ezan; Setiausaha, Mahathir Md Rais; Bendahari, Zamzuri Muhammad; Ketua Penerangan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

“Mesyuarat yang berlangsung pada Isnin telah sebulat suara bersetuju dengan lantikan jawatankuasa baharu bagi menguatkan struktur kepimpinan peringkat tertinggi Bersatu Wilayah Persekutuan.

“Dengan kepelbagaian latar belakang, profesion dan pengalaman, barisan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan yang baru dilantik, Bersatu Wilayah Persekutuan berazam menjadi salah satu platform politik untuk warga kota serta bersama-sama mendepani cabaran semasa pentas politik negara.

“Dasar Parti Bersatu akan menjadi teras dalam setiap agenda dan gerak kerja ahli jawatankuasa baharu yang telah dilantik,” kata kenyataan itu,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Untuk info, Tun Faisal sebelum ini merupakan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya manakala Mahathir ialah Ketua Penerangan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan.

Bacaa juga:

Anda Mungkin Berminat