NAM digesa beri tekanan kepada Israel untuk laksana gencatan senjata

Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menghadapi tekanan dari duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggesa pihak Israel mengenakan gencatan senjata di Gaza selepas pertempuran tersebut telah mencapai hari ke-100.

Rayid Mansour berkata dalam ucapannya yang dihadiri 120 wakil negara pada sidang minggu ini, gencatan senjata tetap akan sukar difahami meskipun ada resolusi daripada Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan.

Pada mesyuarat ketua-ketua negara tersebut, sekurang-kurangnya 30 anggota pergerakan itu hadir pada perbincangan yang akan berlangsung selama seminggu.

NAM memainkan peranan penting dalam proses dokolonisasi, yang pada mulanya dibentuk pada kemuncak Perang Dingin dahulu.

“Kami masih di bawah penjajahan Israel dan kami melihat pembunuhan secara beramai-ramai terutamanya di Semenanjung Gaza.

“Rakyat Palestin juga ingin berterim kasih kepada Afrika Selatan kerana memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ),” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini berkata Israel akan terus berperang untuk mengalahkan Hamas sehingga mengecapi kemenangan.

Netanyahu turut berkata Israel tidak akan boleh dihalang oleh sesiapa, termasuk ICJ.

Peperangan yang tercetus pada 7 Oktober ini telah meragut sekurang-kurangnya 24,000 nyawa dan dua juta rakyat Gaza kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlindung di puat perlindungan yang tidak terjamin keselamatannya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat