Niat cari lala terbatal selepas jumpa mayat terapung

Niat dua remaja untuk mencari lala di kawasan tali air berhampiran Kampung Tetambah, Manir, Kuala Terengganu pada Isnin terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki terapung.

Muhammad Nur Aiman Syazmi Shahrizal, 13, bersama seorang rakan lelaki sebaya berkata, dia dan rakannya tiba di kawasan tali air berkenaan untuk mencari lala pada pukul 4.35 petang.

“Sewaktu tiba, kami perasan keberadaan sebuah motosikal walaupun kawasan tali air itu sunyi tanpa kehadiran individu lain selain kami.

“Kami teruskan niat mencari lala di kawasan tali air itu sebelum perasan objek seakan-akan mayat terapung di dalam tali air berkenaan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dijumpai pada Isnin.

Muhammad Nur Aiman berkata, mereka terkejut dan segera berlari ke surau berhampiran untuk memaklumkan penemuan tersebut kepada penduduk kampung.

Menurut Kosmo, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail yang dihubungi mengesahkan mayat dijumpai terbabit merupakan seorang lelaki berusia 30-an.

Baca juga: