Bungkusan mencurigakan depan pagar, Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terima ancaman bom

Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terpaksa dikosongkan selepas dikejutkan dengan ancaman bom pada pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, polis menerima panggilan pukul 7.20 pagi mengenai penemuan bungkusan mencurigakan di hadapan pintu pagar kompleks mahkamah berkenaan.

Katanya, sebaik menerima laporan itu sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi itu terdapat bungkusan yang diletakkan di hadapan pintu pagar. Kita telah memeriksa bungkusan tersebut dan telah dimusnahkan.

“Pihak polis juga telah melakukan pemeriksaan dan pembersihan di kompleks mahkamah tersebut. Tiada sebarang ancaman lain ditemukan di kawasan itu,” katanya pada Khamis.

Beliau lapor Sinar Harian, bagaimanapun tidak memperincikan tentang kandungan bungkusan berkenaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat