Sebanyak 99 notis kesalahatan melibatkan pengendali premis makanan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) kepada peniaga di Tumpat dalam Operasi Presmis Bersih pada Rabu.
Sebanyak 59 premis melibatkan kedai makan, restoran dan kilang makanan yang menjadi tumpuan penduduk setempat diperiksa tahap kebersihan.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sebanyak lapan premis diarahkan menutup operasi selama 14 hari disebabkan gagal mematuhi tahap kebersihan ditetapkan.
“Penutupan operasi tertakluk bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan mana-mana pemilik premis makanan yang tidak mematuhi perintah penutpan premis makanan dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih lima tahun, atau denda atau kedua-duanya.
“Daripada 99 notis yang dikeluarkan, 80 adalah bawah Peraturan 32 iaitu berkaitan pakaian pengendali makanan.
“Sebanyak 10 notis lagi bawah Peraturan 33 iaitu berhubungan dengan kebersihan pengendali makanan, selain enam notis dikeluarkan atas kesalahan tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan tugas am tuan punya, pemilik atau penghuni premis makanan di bawah Peraturan 11,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, dua notis dikeluarkan melibatkan kesalahan Peraturan 8 iaitu tidak mempamerkan Perakuan Pendaftaran di premis makanan manakala selebihnya berhubung kewajipan mengekalkan premis dalam keadaan bersih di bawah Peraturan 34.
“Kompaun bagi semua notis yang dikeluarkan Operasi yang dijalankan oleh 80 kakitangan JKNK itu boleh dibayar dalam masa sebulan dari tarikh notis dikeluarkan,” katanya.
Baca juga: