Pelancong asing yang berkunjung ke Thailand diwajibkan untuk mengemukakan pasport atau dokumen pengenalan sah sebelum menaiki penerbangan domestik di negara itu berkuat kuasa Selasa.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand berkata, penumpang warga asing mesti membawa pasport asli bersama pas masuk penerbangan dengan nama yang sama dengan pasport untuk menaiki penerbangan domestik.
Individu yang kehilangan pasport boleh menaiki penerbangan dengan menggunakan pasport sementara atau kad pengenalan bukan warganegara Thailand atau lesen memandu yang dibenarkan oleh kerajaan Thailand.
Peraturan itu diperketatkan untuk mengelakkan warganegara asing duduk melebihi tempoh yang sepatutnya sekali gus mampu membendung kemasukan ramai pelancong asing ke negara itu pada masa akan datang.
Warga asing wajib menunjukkkan pas masuk fizikal yang boleh didapati di kaunter penerbangan atau di kiosk daftar masuk automatik di lapangan terbang.
Mereka juga boleh mempamerkan pas masuk elektronik, tetapi gambar tiket yang diambil menggunakan telefon pintar tidak dibenarkan.
Angka penumpang penerbangan domestik melonjak apabila dianggarkan kira-kira 280 juta penumpang, termasuk warganegara tempatan antara Januari hingga November tahun 2023.
Baca juga: