Jenama produk makanan yang terkenal dengan kelazatan coklat, KitKat tampil dengan perisa baharu sempena meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina Februari depan.
Seiring dengan usaha mereka untuk memberikan ‘rasa’ terbaik kepada pengguna, jenama terbabit membawakan edisi istimewa iaitu KitKat Golden Dragon Coklat.
Menariknya, produk ini menggunakan teknologi pemarmaran dan pemudaran atau farbling untuk menghasilkan corak sisik naga pada coklat.
Teknologi itu lantas menjadikan mereka sebagai jenama coklat pertama di seluruh dunia menggunakan kaedah tersebut.
Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Confectionery, Carlota Casellas berkata, Malaysia menjadi pasaran pertama di dunia menggunakan kombinasi teknologi farbling.
“Kami teruja untuk membawakan pengalaman snek luar biasa kepada rakyat Malaysia. Kami ingin ciptakan detik bermakna dengan peminat setia yang sentiasa menjadikan kami sebagai pilihan snek coklat,” katanya.
Didatangkan dalam pelbagai perisa iaitu oren, kurma, kranberi dan karamel masin (salted caramel).
Dalam pada itu pengguna turut berpeluang untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik dengan menyertai peraduan KitKat LONGevity yang berlangsung hingga 20 Februari depan.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah Kereta Elektrik BYD Dolphin, wang tunai, pin tambah nilai Touch’n Go eWallet dan e-Baucer Grab.
Sebarang maklumat lanjut layari www.nestle.com.my/brands/confectionery dan semua platform media sosial.
Baca juga: