Tahap kesihatan Princess of Wales, Kate Middleton dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan pada bahagian perut Selasa lalu.
Dalam satu kenyataan, Kate, 42, perlu ditempatkan di hospital sekitar 10 hingga 14 hari sebelum dibenarkan pulang.
Dalam pada itu Kate turut memohon maaf sekiranya masalah kesihatannya itu menjejaskan acara atau jemputan majlis yang sudah dijadualkan.
Pada masa sama, Kate turut meminta agar menghormati hak privasi dirinya dengan tidak mendedahkan maklumat melibatkan kesihatannya kepada umum.
“Diharapkan agar orang ramai memahami keinginannya untuk menjaga sebaik mungkin hubungan dengan anak-anak supaya maklumat peribadi (tahap kesihatan) kekal menjadi peribadi,” kata kenyataan itu.
Disebabkan itu, pihak istana hanya akan berkongsikan tentang tahap kesihatan Kate apabila dirinya benar-benar sembuh. — Agensi
Baca juga: