Konsert Siti Nurhaliza tetap diteruskan

Yayasan Nurjiwa terbuka dalam menerima teguran daripada Mutfi Pulau Pinang, Datuk Seri Salim Wan Mohd Noor yang meminta agar tarikh konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza ditunda.

Menerusi satu kenyataan, Pengasas Yayasan Nurijiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, memberitau, penganjuran tersebut bukanlah bertujuan sekadar hiburan semata-mata. Tetapi, ia diadakan untuk berkongsi rezeki dan membantu rakyat Palestin.

“Yayasan Nurjiwa secara khususnya dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Sahibus Samahah Datuk Seri Mufti.

“Keprihatinan serta pandangan Datuk Seri amat-amat kami hormati dan hargainya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Yayasan Nurjiwa turut menjelaskan bahawa sudah membuat pertimbangan terhadap pemilihan tarikh konsert iaitu pada 9 Mac depan yang dipercayai menghampiri tarikh bermulanya Ramadan iaitu 12 Mac.

Kata Khalid, pihaknya sudah membuat perbincangan dengan Perbadanan Stadium Nasional bagi mendapat kebenaran mengadakan persembahan di Axiata Arena Bukit Jalil sejak awal 2023.

“Sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, kami di Yayasan Nurjiwa dan pihak Siti Nurhaliza sedia maklum tarik 9 Mac 2023 menghampiri 1 Ramadan.

“Kami di Yayasan Nurjiwa juga telah diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh yang kosong untuk sepanjang 2024 telah ditawarkan kepada kami.

“Untuk makluman semua, pihak kami sudah mula membuat tempahan bersama perbadanan berkenaan sejak awal tahun 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan dan memohon penangguhan dengan tarikh lain,” katanya.

Suami kepada Siti Nurhaliza itu turut meluahkan kebimbangan sekiranya konsert tersebut ditunda akan memberi implikasi kepada banyak pihak terutama pengurusan Perbadanan Stadium Nasional dan produksi.

“Kami tidak mampu menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin. Komitmen kami kepada mangsa perang Palestin perlu diteruskan sejak kami mulakannya pada Oktober lalu.

“Terlewat sehari dua, boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, kami berpendapat, ada baiknya konsert ini diteruskan demi mencari dana,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat