Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menentang keras usaha Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktirafkan Palestin selepas konflik peperangan berakhir.
Netanyahu turut meminta agar pejuang Hamas dapat membebaskan rakyat Israel yang dijadikan sebagai tawanan yang dikatakan mampu memakan masa sehingga berbulan-bulan.
Menerusi satu sidang media pada Khamis, Netanyahu memberitahu, Israel mempunyai kawalan keselamatan ke atas semua tanah di barat Sungai Jordan, yang akan merangkumi wilayah mana-mana negara Palestin di masa depan.
“Ini adalah syarat yang perlu tetapi bertentangan dengan idea kedaulatan Palestin. Saya sudah memberitahu ini kepada AS dan kami tidak mahu membahayakan keselamatan Israel,” katanya, laporan BBC News.
Biarpun mendapat sokongan AS dengan mengatakan Israel bertindak untuk mempertahankan diri daripada serangan 7 Oktober lalu yang dikatakan mengakibatkan kira-kira 1,300 rakyat Israel terbunuh sementara 240 menjadi tebusan.
Bagaimanapun, selepas menyaksikan ribuan rakyat Palestin yang menjadi mangsa korban dan kehilangan tempat tinggal, menyebabkan AS dan beberapa negara Barat meminta agar serangan tersebut dihentikan.
Bahkan, Rumah Putih juga beberapa kali berusaha untuk menghentikan dasar ketenteraan Israel agar menggunakan senjata api yang ditetapkan.
Namun, nasihat Washington itu tidak diendahkan, malah ditolak secara terang-terangan ketika lawatan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken oleh Netanyahu.
Netanyahu telah menghabiskan sebahagian besar karier politiknya dengan menentang kenegaraan Palestin dan dengan bangga menyatakan dirinya menentang penubuhan Palestin sebagai sebuah negara.
Baca juga: