Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan siri motosikal Yamaha Y16ZR 2024 yang terbaharu dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Pengarah Urusan HLYM, Prof Datuk Dr Jim Khor Mun Wei berkata model terbaharu tersebut ditambah dengan ciri yang lebih bergaya di samping beberapa penambah baikan dibuat.
“Y16ZR kini dilengkapi dengan rekaan fairing hadapan dan visor yang bergaya, di samping brek cakera yang lebih besar dan kini sudah ada ABS,” katanya ketika pelancaran model tersebut di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Motosikal ini kekal dengan enjin 155cc, VVA, SOHC, empat lejang, empat injap sejukan cecair menjana 17.7 kuasa pasa 9,500 rpm dan tork 14.4Nm pada 8,000 rpm dengan kotak gear enam kelajuan.
Model ini datang dengan tigapilihan warna yang baharu iaitu Violet Knight, Ocean Blue dan Mag Grey.
Dilegkapi dengan sistem klac Assist and Slipper untuk melancarkan penukaran gear, meter digital LCD dan sistem kunci pintar, harga model ini bernilai RM11,398 (atas jalan tanpa insurans) dan akan berada di pasaran pada akhir Januari ini.
Baca juga: