Penjara Belanda ditutup sebab tiada kes jenayah

Belanda difahamkan bakal menutup lima buah penjara dalam tempoh beberapa tahun memandangkan kos penyelenggaraannya terlalu tinggi.

Disebabkan kadar jenayah yang semakin menurun, ribuan sel penjara tidak digunakanlaporan media, The Deutch News

Keputusan ini adalah pertama kali diputuskan kerajaan Belanda yang memutuskan rancangan penutupan lima penjara di negara itu.

Oleh yang demikian lebih 1,900 pekerja penjara akan hilang punca pendapatan.

Menurut Menteri Keselamatan dan Keadilan Belanda, Ard van der Steur, keputusan itu dilakukan kerana hakim menjatuhkan hukuman singkat terhadap pesalah.

“Penjenayah menghabiskan masa yang singkat di penjara, jadi ini langkah penjimatan yang boleh dibuat,” katanya.

Untuk info, Sweden merupakan antara negara yang menutup beberapa penjara kerana penurunan kes jenayah di negara itu kira-kira satu peratus setiap tahun.

Anda Mungkin Berminat