Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan bermula secara berperingkat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan, memberitahu, peruntukan SARA telah ditambah baik kali ini dengan peruntukan yang melonjak lebih lima kali ganda.
Dalam pada itu, jumlah penerima SARA juga dianggarkan bertambah pada tahun ini.
“Program SARA yang telah ditambah baik ini memperoleh peruntukan lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, berbanding RM130 pada tahun lepas.
“Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000 ketimbang 210,000 pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
Dalam pada itu, Anwar turut melakukan beberapa penambah baik bagi memastikan setiap rakyat memperoleh bantuan yang sewajarnya sekali gus membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
“Ada beberapa perkara lain lagi akan dipertingkatkan oleh kerajaan bagi memastikan lebih banyak bantuan dapat diberikan dan mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan,” katanya.
Baca juga: