Hasrat puluhan penumpang bas untuk menaiki pengangkutan awam dalam keadaan selesa bagaimanapun berubah sebaliknya, apabila mereka secara tiba-tiba menjadi saksi kepada ‘perlawanan gusti’
Perkara itu berlaku apabila dua wanita dilihat saling meluahkan rasa tidak puas hati kerana ingin mendapatkan tempat duduk.
Bagaimanapun, berdasarkan satu rakaman yang tular di X, kejadian yang dipercayai berlaku di Hyderabad, India itu menyaksikan ‘pertarungan’ antara dua wanita saling memukul antara satu sama lain dengan menggunakan sepatu masing-masing.
Perbalahan antara dua wanita itu dikatakan berpunca daripada salah seorang wanita berkenaan tidak puas hati apabila tempat duduknya diambil oleh penumpang lain.
“Ini benar-benar liar, tetapi satu hal biasa sekiranya berlaku di India,” katanya seorang pengguna media sosial.
Difahamkan, bas tersebut dalam perjalanan dari Siddipet, Secunderabad menghala ke Dubbaka.
Dalam rakaman itu turut mempamerkan beberapa penumpang lain berusaha meleraikan pergaduhan kedua-dua wanita berkenaan.
Pada masa sama, pengurusan bas, Road Transport Corporation turut menasihatkan kepada penumpang agar bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain ketika menggunakan perkhidmatan mereka.
Baca juga: