Sempena sambutan Hari Kekasih, Zoo Bronx, New York, Amerika Syarikat memperkenalkan cara menarik untuk meraikan detik yang dianggap sangat bermakna buat pasangan kekasih itu.
Menurut jurucakap zoo berkenaan, kempenName a Roach dibuat sempena menamakan seekor lipas jenis Madagascar Hissing yang dikatakan sudah menjadi tradisi.
“Penamaan lipas ini merupakan amalan tradisi yang dimulakan Zoo Bronx sejak 2011 apabila membenarkan orang ramai untuk menamakan lipas dengan nama bekas kekasih mereka dengan hanya bayaran AS$15 (RM71).
“Nama yang terpilih akan diberikan sijil bagi memaklumkan nama yang diberi itu sudah digunakan kepada lipas tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di X.
Dalam pada itu, mereka yang berminat juga boleh menyaksikan lipas berkenaan secara dalam talian dengan bayaran AS$20 (RM94.50) selain memberi pelbagai barangan menarik bertemakan serangga itu.
Penyertaan perlu dibuat selewat-lewatnya 8 Februari depan manakala 14 Februari pula akan diumumkan pemenang.
Untuk info, sebanyak 3,246 penyertaan diterima sempena kempen Name a Roach pada Hari Kekasih tahun lalu.
Kutipan wang kempen tersebut kemudian akan disumbangkan ke Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar dengan bertujuan melindungi kepelbagaian biodiversiti seluruh dunia.
Pada 2023, Zoo Wildlife Conservacy di Toronto, Kanada juga melancarkan kempen yang sama.
Baca juga: